Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Kompleks Kraf Dan Kebudayaan
Terletak di kawasan yang strategik di Teluk Yu, Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi dibina untuk mempromosikan kebudayaan negara. Gangsa dan barangan tembaga yang direka dari pelbagai rupa bentuk kebanyakan bermotifkan alam semula jadi. Keunikan bakul, rotan dan mengkuang yang dibuat oleh orang tempatan sangat halus dan seni hasilannya. terdapat juga beberapa barangan yang menggunakan kayu seperti ukiran kayu.
Barangan kraf yang lain seperti ceramik juga turut dijual. Tidak ketinggalan juga batik lukisan tangan dari kain sutera dan juga songket yang dari pelbagai warna. Barangan gangsa juga turut dijual untuk kegunaan majlis-majlis seperti perkahwinan.
Dengan terbinanya Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi maka setiap barangan kraf dari setiap kaum akan kekal dan tidak di makan zaman. Setiap pengunjung yang inginkan memori Langkawi, bawalah pulang barangan kraf yang di jual di Kompleks Kraf dan Kebudayaan Langkawi