Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Dataran Helang
Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Pulau Langkawi. Patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong yang datang ke Langkawi.
Taman Lagenda
Taman Lagenda Langkawi ini berhampiran dengan pantai dan hanya 400 meter dari Pekan Kuah. Ia juga terletak bersebelahan taman CHOGM dan Masjid AL-Hana, Taman Lagenda Langkawi dibina untuk menceritakan sejarah-sejarah Langkawi. Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza kunjungilah ke Taman Lagenda Langkawi yang mana 50 ekar adalah khas megenai cerita, sejarah, lagenda, cerita donggeng dan banyak lagi. Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik yang dibuat, 17 monumen yang mempunyai cerita tersendiri, pantai buatan manusia serta beberapa buah tempat rehat yang dibuka untuk orang awam. setiap sudut di taman itu dihiasi dengan lanskap yang indah.
Pulau Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6km atau 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi. Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.
Cabel Car
Cable car Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi. Cable car Langkawi ini mula dibuka kepada umum pada 27 Febuari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan Cable Car di Switzerland. Titian gantung cable car Langkawi atau Langkawi SkyBridge merupakan salah satu daya tarikan yang unik di kompleks cable car Langkawi. Ia siap dibina pada tahun 2004, titian gantung yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82m tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m. Titian ini unik kerana, walaupun ia tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. sealain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya