Kisah Kejayaan
Nur Adiba Sufiani Binti Sofri
Nur Adiba Sufiani Binti Sofri merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Kedawang,Langkawi. Adiba merupakan seorang pelajar yang berperwatakan ceria dan aktif. Adiba sering mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Langkaw untuk menggunakan perkhidmatan internet dan menghadiri latihan ICT. Adiba mula menjadi ahli PI pada awal pembukaan PI. Sebelum Adiba menjadi antara salah seorang ahli PI, Athirah mempunyai sedikit kekangan dalam mencari bahan ujikaji dan rujukan.
Setelah Adiba menjadi salah seorang dari alhi PI, banyak faedah yang Adiba perolehi. Adiba juga mudah untuk mendapatkan bahan rujukan dan maklumat ujikaji. Selain daripada itu, PI juga membantu Adiba bagi menjalankan sesi belajar secara berkumpulan. Adiba juga menyertai program E-kelas yang dianjurkan oleh maxis dan adiba terpilih untuk pergi ke kem di menara KLCC pelbagai aktiviti menarik yang dibuat disana. Adiba berasa seronok dan berbanga kerana terpilih dalam kem itu dan Adiba berasa beruntung kerana menyertai program E-Kelas.
Pada kebiasaan nya, Adiba akan ke PI setiap ujung minggu dan setelah sesi persekolahan selesai. Selain dari mencari bahan ulangkaji, Adiba juga boleh belajar dengan lebih terperinci lagi berkaitan cara-cara penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Microsoft Excel di PI. Dengan adanya kelas ICT, Adiba banyak mempelajari cara penggunaan aplikasi asas komputer. Adiba berharap agar staff PI mendedahkan lebih banyak kemahiran ICT untuk kegunaan masa hadapan.
Fatimah Binti Abd Hamid
Pn. Fatimah, berumur 48 tahun merupakan Usahawan sepenuh masa dalam bidang menjual baju,jubah,skirt,seluar dll di sekitar langkawi. Beliau usahawan yang bergiat aktif dalam komuniti beliau sudah memulakan perniagaan ini hampir 6 tahun yang lalu. Pada mulanya beliau hanya menjual secara kecil-kecilan rumah ke rumah dan beliau mempunyai kedai dan berniaga secara online. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM1000 sahaja sebulan.
Kerana ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Padang Wahid,Langkawi beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan baju beliau sehingga beliau dapat menyewa kedai untuk mempamirkan baju yang untuk dijual.
Melalui melalui program PI, Pn Fatimah Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, Mempelajari cara membuat kertas kerja dan quotation, Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan untung/ rugi, Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan blog, membuat Poster dan flyer.Diantara Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI ialah Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang keusahawanan tersebut perlu ditingkatkan dan promosi perlu diperbanyakkan.
Surina Binti Pison
Pn surina, berumur 36 tahun merupakan Usahawan sepenuh masa dalam bidang Homestay, dan travel ajen di sekitar langkawi. Beliau usahawan yang bergiat aktif dalam komuniti beliau sudah memulakan perniagaan ini hampir 4 tahun yang lalu. Pada mulanya beliau hanya mengambil tempahan homestay daripada kawan-kawan sahaja melalui coll dan sekarang beliau mempromosikan business beliau secara online. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM900 sahaja sebulan.
Kerana ramai yang tidak tahu mengenai perniagaan beliau dan kurang membuat promosi. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Padang Wahid,Langkawi beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan homestay dan travel ajen beliau didalam facebook bloge dan secara whattapps.
Melalui melalui program PI, Pn Surina Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog, Mempelajari cara membuat kertas kerja dan quotation, Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan untung/ rugi, Mempelajari cara mengambil order melalui FB dan blog, membuat Poster dan flyer.Diantara Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI ialah Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang keusahawanan tersebut perlu ditingkatkan dan promosi perlu diperbanyakkan.
Muhammad Azlan Bin Musa
Azlan, berumur 33 tahun Merupakan seorang yang ingin membuat perubahan dalam hidup dan maju kehadapan tidak mahu ketinggalan dibelakang bersama arus pembangunan dan beliau begitu komitet dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Azlan merupakan anak jati langkawi di kampung Chandek Kura beliau merupaka siak di masjid chandek kura dan beliau mengikuti kelas yang di ajurkan oleh PI selain itu beliau juga rajin berusaha untuk belajar sesuatu benda baharu dalam ICT.
Sebelum penglibatan beliau tidak tahu mengunakan internet dan tidak tahu cara untuk mengendalikan computer. Melalui kelas kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Padang Wahid, Langkawi beliau kini telah memiliki facebook , email , Ms. Office , Blog dan cara mengendalikan computer. Kini beliau boleh berhubung dengan kawan-kawan melalui internet dan mengambil khutubah untuk dibaca pada setiap jumaat. Dengan adanya kelas ICT, Azlan banyak mempelajari cara penggunaan aplikasi asas komputer.
Azlan berharap agar staff PI mendedahkan lebih banyak kemahiran ICT untuk kegunaan masa hadapan.Diantara Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI ialah Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tersebut perlu ditingkatkan lagi bagi melestarikan komuniti setempat.
Muhammad Hafiz Bin Zohari
Hafiz merupakan anak jati langkawi di kampung Bohor Masjid, beliau mengikuti kelas tambahan (e-kelas) selain itu beliau juga rajin berusaha untuk belajar sesuatu benda baharu dalam ICT. Sebelum penglibatan di dalam e-kelas, beliau tidak tahu mengunakan internet dan tidak tahu cara untuk mengendalikan computer. Melalui kelas kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Padang Wahid, Langkawi beliau kini telah memiliki facebook , email , Ms. Office , Blog dan cara mengendalikan computer.
Kini beliau boleh berhubung dengan kawan-kawan melalui internet. Hafiz juga belajar dengan lebih terperinci lagi berkaitan cara-cara penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Microsoft Excel di PI. Dengan adanya kelas ICT, Hafiz banyak mempelajari cara penggunaan aplikasi asas komputer. Hafiz berharap agar staff PI mendedahkan lebih banyak kemahiran ICT untuk kegunaan masa hadapan.Diantara Maklumbalas terhadap latihan dan bantuan yang diberikan oleh pihak PI ialah Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tersebut perlu ditingkatkan lagi bagi melestarikan komuniti setempat.