Bantuan Khas Covid-19 NADMA
3 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniDua orang komuniti Kg Pdg Wahid Pn Nor Syuhaiza dan Pn Sharifah Jurunismani, telah hadir ke PEDi bagi membuat pengisian online Bantuan Khas COVID-19 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Beliau dan kakaknya telah menjalani kuarantin pada bulan Januari lalu dan tidak dibayar gaji dari majikan sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19. Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung COVID-19 ini adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Bantuan ini dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dinyatakan. Semua permohonan boleh dibuat secara penghantaran borang atau online pada pautan website NADMA dan perlu mengikut garis panduan dokumen wajib sebelum menghantar borang permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: