Permohonan Kemaskini MyFuture Job PERKESO
3 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2022 telah dikunjungi oleh 2 orang pencari pekerjaan bagi tujuan pendaftaran dan pengisian Myfuture Job di Pedi Kg Pdg Wahid. Myfuture Job ini merupakan inisiatif daripada Pihak Perkeso bagi membantu golongan yang telah kehilangan pekerjaan.
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.Oleh itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggesa kepada semua yang berkenaan untuk membuat pendaftaran secara atas talian di Portal MyFutureJobs PERKESO.
Program ni adalah hasil dari kerjasama pihak kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia yang dilaksanakan oleh pihak PERKESO bagi tujuan Inisiatif mewujudkan peluang pekerjaan disamping mengurangkan kadar pengangguran di negara kita Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: