Pengisian Online Borang Pendaftaran Pernikahan Negeri Kedah
2 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2022, PEDi Kg Pdg Wahid telah dikunjungi oleh 1 pasangan sekitar Langkawi yang ingin mengisi borang pernikahan secara online.
Kerajaan Agama Islam Kedah telah mewujudkan satu aplikasi yang mana pasangan yang ingin menikah haruslah mengisi borang dan mencetak borang melalui laman sesawang yang telah disediakan.Oleh itu,setiap pasangan yang ingin menikah hendaklah melengkapkan borang-borang tersebut dengan kadar segera agar dapat diproses.
Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.
Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: