Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i-BSN - Semarak Niaga @ PEDi
28 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniBank Simpanan Nasional (BSN) menjemput Pengurus, Penolong Pengurus serta Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk menyertai sesi Webinar Skim Pembiayaan Mikro/I BSN – Semarak Niaga yang telah berlangsung dari 20/5/2022 hingga 17/6/2022 dijalankan mengikut negeri. Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan atas talian.
Antara skim pembiayaan yang melibatkan PEDi adalah skim BSN Micro/i Semarak PEDi yang menawarkan bantuan pinjaman sehingga RM20,000 kepada usahawan yang merupakan ahli berdaftar di PEDi. Usahawan tersebut mestilah mengikut terma syarat yang ditetapkan seperti telah 6 bulan beroperasi dan membawa borang pengesahan dari PEDi.
Untuk makluman, webinar ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Teams dan penyertaan adalah mengikut zon lokasi PEDi. Jadual, pautan pendaftaran serta pautan kepada sesi webinar diberikan melalui email kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: