KDB Kempen Membanteras Jenayah Seksual dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak Daerah Langkawi Tahun 2022
27 September 2022 | Aktiviti TerkiniKadar penggunaan internet kalangan kanak-kanak di negara kita meningkat mendadak, tidak selari dengan peningkatan tahap kawalan daripada ibu bapa.
Ini menyebabkan anak-anak gunakan internet tanpa kawalan sehingga mula menjadi ketagih, malah ada yang menjadi mangsa buli siber serta mendedahkan mereka kepada macam-macam aktiviti jenayah siber lain.
Situasi ini amat membimbangkan. Justeru Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak sebagai komitmen membanteras gejala tidak sihat ini.
Melalui kempen ini, JKM bersama rakan strategik akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat berkaitan Kempen.
JKM juga bekerjasama dengan PDRM dan SKMM untuk menyampaikan mesej Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak.
Wahai ibu bapa, jangan leka dan lalai. Ambillah inisiatif lebih cakna terhadap apa yang anak kita layari di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: