2022 Train The Trainer (TTT) Autocrat (E-Sijil)
25 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23-24 Julai 2022 telah diadakan kursus yang melibatkan semua kakitangan PEDi di seluruh Malaysia di bawah NERA dan semua Service Provider dibawah seliaannya. Kursus ini akan dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet. Encik Anwar daripada PEDi Semenyih merupakan tenaga pengajar yang bertanggungjawab untuk mengajar bagi silibus ini.
Tujuan Staff Training ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada staf Pusat Ekonomi Digital tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat.
Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Kebiasaanya Autocrat ini kerap kali digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan sijil.
Selain itu,kursus ini berobjektif untuk berkongsi kemahiran untuk menggunakan Autocrat kepada kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang lain serta mempelajari penggunaan asas untuk mergekan dokumen menggunakan Autocrat.
Diharapkan kursus ini mampu digunapakai di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: