Perkongsian Advokasi Bersama PEDI Bukit Besar Dan PEDI Jerlun
24 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniSatu perkongsian advokasi bersama PEDi Bukit Besar dan PEDi Jerlun telah diadakan melalui rakaman video di laman Facebook. Perkongisan ini membincangkan tentang portal sebenarnya.my, cara jejaki akaun palsu dan fungsi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk pengetahuan bersama.
Portal sebenarnya.my adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya. Ianya dapat membantu masyarakat untuk tidak menjadi agen penyebaran maklumat atau berita palsu yang berleluasa serta membudayakan amalan ‘semak sebelum sebar’, agar masyarakat lebih “celik fakta” dan waspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya.
Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula membantu masyarakat dari segi penipuan jualan seperti no telefon dan akaun bank. Di portal ini anda boleh mengetahui samada maklumat tersebut merupakan maklumat yang betul atau scammer.
Manakala perkongsian mengenai Tribunal pula membantu mengadili tuntutan pengguna yang dibuat dibawah akta perlindungan pengguna 1999 secara bebas dan adil. Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: