Taklimat FAMA Cara Berniaga Di Agro Bazar Online
22 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac lalu, sebuah taklimat Cara Berniaga di Agro Bazar telah disampaikan oleh Puan Rodzhah, wakil dari FAMA Langkawi bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuah. Taklimat ini disampaikan kepada wakil petugas setiap PEDi di Langkawi mengenai cara berniaga secara atas talian di Agro Bazar.
Tujuan taklimat ini adalah mendedahkan satu platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna. Ia juga memberi peluang pasaran baru dan mampan bagi produk pertanian dan agromakanan dengan mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani.
FAMA membawa satu misi iaitu menyediakan infrastruktur e-dagang bertaraf dunia dan operasi untuk memberi luang pasaran baru dan mampan bagi produk agro melalui pertumbuhan komuniti atas talian dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani dan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: