Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 2022 SPNB
23 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniSeorang komuniti telah hadir ke PEDi bagi mengisi permohonan online rumah mesra rakyat 2022 SPNB. Beliau yang merupakan seorang guru kafa mempunyai tanggungan anak dua orang, serta menetap di rumah sewa bersama suaminya yang bekerja sendiri mengimpikan sebuah rumah bagi keluarga mereka.
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000. SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: