Permohonan Geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MYICE)
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniMalaysian Incentive Community Empowerment (myice) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM).
Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap pertubuhan.
Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020.
Tempoh permohonan: 1 Februari 2022 - 31 Mei 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: