Mohon Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (STO 2.0)
23 April 2022 | Aktiviti TerkiniSesuai dengan keadaan COVID-19 pada hari ini, Jabatan Imigresen Malaysia JIM hanya menerima kehadiran untuk beberapa urusan penting di pejabat cawangan, dengan syarat anda telah buat temujanji dan appointment immigration melalui melalui Sistem Temujanji Online (STO) Imigresen Malaysia sahaja. Permohonan temujanji boleh dilakukan di Portal STO 2.0 Imigresen Malaysia.
Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, dua orang komuniti yang berwarganegara Thailand Pn MissRobichah dan Pn Phaneda telah hadir ke PEDi bagi memohon temujanji untuk menyambung tempoh sah visa masing-masing. Mereka yang berkahwin dengan orang tempatan telah bermastautin selama lebih 15 tahun dan masih bekerja di Langkawi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: