Permohonan Rayuan Bantuan (BKM)
19 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniBuat pemohon yang tidak lulus permohonan Bantuan Januari yang lalu, kerajaan membuka peluang bagi permohonan rayuan BKM 2022 mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. Rayuan ini sebagai peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan ini. Oleh yang demikian, sila teliti maklumat yang dikemukakan bagi membolehkan rayuan BKM dapat diterima.
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat dengan dua kaedah iaitu secara dalam talian atau penghantaran borang ke cawangan LHDN terdekat. Anda digalakan untuk membuat permohonan ini secara dalam talian dengan mudah, cepat dan selamat. Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web ( https://bkm.hasil.gov.my/ ) manakala borang manual boleh dihantar Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: