Perkongsian Advokasi Bersama PEDi Bukit Besar & Kuala Sala Bertajuk ‘Oversharing’
15 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniDunia Internet hari ini telah menjadi satu fenomena yang sering menjadi ikutan dengan kehidupan semasa kita. Walaupun ianya telah menjadi satu keperluan dalam kelangsungan hidup, ianya tetap mempunyai kesan negatif jika salah penggunaannya.
Kesannya adalah apabila kita mengepos terlalu banyak informasi di media sosial seperti maklumat yang sulit dan sensitif tentang diri kita. Contohnya, ketika mendaftar akaun e-mel atau media sosial, atau menetapkan destinasi penghantaran dalam talian. Maklumat peribadi kita boleh disalahgunakan seperti kecurian identiti, memproses transaksi dalam talian tanpa kebenaran, atau ancaman keselamatan terhadap anda atau orang tersayang.
Antara tujuan perkongsian ini adalah mendidik komuniti tentang keselamatan dalam talian dan mendedahkan jenis kandungan yang terdapat di Internet. Selain itu, kita perlu menapis kandungan laman web dan menilai sebelum berkongsi. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: