Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Online
1 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniBerikutan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand pada 01 Mei lalu, seorang komuniti telah meminta bantuan dari petugas PEDi untuk memperbaharui pasport beliau secara online. Beliau sekeluarga merancang untuk pulang ke kampung ibu mereka yang merupakan warganegara Siam di Phatalong pada cuti Raya Haji nanti.
Untuk makluman, Sistem Temujanji Online (STO) telah dimansuhkan pada 11 Mei 2022, namun STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa. Manakala untuk urusan perbaharui passport pula, perlu dilakukan secara online dan hanya boleh walk-in untuk permohonan baru PMA, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, hilang dan rosak sahaja.
Pemohon dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan, memuat naik gambar terkini berukuran pasport serta membuat bayaran online di portal itu. Kelulusan menerusi MyOnline Pasport atau portal MyIMMS eServices ( https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main ) boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: