Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022
16 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2022,satu program anjuran FOMCA telah diadakan secara webinar dengan kerjasama PEDi Bukit Besar.FOMCA ingin berkongsikan mengenai hak pengguna untuk pemerkasaan diri pengguna.
FOMCA menegaskan bahawa pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan pengguna. Pengguna juga berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan. Oleh sebab itu, maklumat pelabelan produk amatlah penting untuk makluman pengguna.
Jika terdapat maklumat yang meragukan, jangan segan atau takut untuk bertanya maklumat mengenai produk kepada pihak peniaga kerana anda sememangnya berhak untuk mendapatkan maklumat produk dengan lebih terperinci sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.
Hak untuk membuat pilihan.
Kita semua adalah pengguna yang mana kita sentiasa terlibat dengan pembelian barangan atau perkhidmatan untuk kegunaan sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: