Kelas Microsoft Individu Asas Komputer – Persiapan Kertas Kerja Untuk Permohonan Di Jabatan Pertanian Langkawi
18 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2022, seorang komuniti dari Kg Pdg Wahid telah meminta pertolongan daripada petugas PEDi bagi membantu beliau dalam menyiapkan kertas kerja pelan perniagaan bagi memohon bantuan peralatan daripada Jabatan Pertanian Langkawi.
Puan Suriati yang merupakan seorang suri rumah telah memulakan perniagaan kecil-kecilan beliau dalam menghasilakn minyak bawang putih hasil daripada resepi dan tunjuk ajar daripada turun-temurun.
Beliau tidak mempunyai kemahiran untuk meyiapkan kertas kerja tersebut,petugas Pedi membantu beliau dari mula sehinggan beliau menghasilkan sendiri pelan perniagaan itu sendiri.
Diharapkan permohonan beliau diluluskan dan dipermudahkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: