Pengisian Online Bagi Permohonan Pinjaman MARA
16 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniSeorang komuniti Kg Pdg Wahid Pn Ayuni Sudin, telah hadir ke PEDi bagi membuat pengisian online permohonan MARA untuk perniagaan kedai beliau. Beliau yang menghadapi kekurangan pelanggan dan pendapatan sejak pandemik Covid-19, mengakui perniagaannya banyak terjejas dari segi kewangan dan permintaan.
Pinjaman MARA yang diberikan sangat membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia. Antara syarat pinjaman mara 2022 yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, berdaftar dengan SSM, telah beroperasi melebih 6 bulan, menjalankan perniagaan secara penuh masa, perniagaan patuh syariah dan bebas dari senarai hitam MARA.
Semua permohonan dibuat secara online pada pautan website MARA dan perlu mengikut senarai semak dokumen sebelum menghantar borang permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: