Permohonan Kemaskini Bantuan 2022
11 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniBantuan 2022 telah dibuka bagi tujuan permohonan baru dan kemaskini. Sistem ini boleh diakses mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
Mengikut sumber dari soalan lazim BKM, fasa 1 akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung March 2022. Kebiasaannya, tarikh tepat akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada masa yang berdekatan.
Pembayaran BKM adalah sama seperti BPR,BPN, BSH, BR1M dan bantuan yang sebelumnya. Duit bantuan akan dikredit terus ke akaun penerima. Mereka yang tidak mempunyai akaun boleh mengambil wang mereka di Bank Simpanan Nasional BSN dengan pengunaan no baucer.
Bagi komuniti yang berhasrat untuk tujuan kemaskini dan permohonan baru bolehlah berkunjung ke PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: