PUPUK@Shopee 2022 Campaign - Online Class (Masterclass Pemasaran Cara Memasarkan Produk Anda dengan Strategik)
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPUPUK@Shopee telah mengadakan sebuah latihan kepada semua petugas PEDi dan Rakan Digital di seluruh bahagian utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ianya dijalankan secara atas talian melalui webinar di platform livestorm yang bertajuk Shopee Uni Asas & Pertengahan dan disampaikan oleh ShopeeXpert Pn Ira. Webinar yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 petang ini telah mengupas langkah-langkah membuka kedai Shopee dan kaedah menjual barangan secara online.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membantu usahawan-usahawan yang berhampiran PEDi Kg Pdg Wahid mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut jika ingin membuat jualan di aplikasi Shopee. Melalui kelas perniagaan Shopee kali ini, peserta belajar cara untuk memulakan jualan di Shopee. Antara latihan yang diberikan adalah teknik persediaan kedai, cara memasarkan kedai, cara menghantar dan mengurus pesanan serta menguruskan kewangan dari penjualan tersebut. Diharapkan Pusat Ekonomi Digital dapat menjadi sebagai Pusat e-Dagang yang memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: