Program Latihan Kelas Asas ICT (My DIY Tshirt Design)
16 Januari 2021 | Aktiviti Terkini3 orang pelajar dari Kampung Kedawang telah hadir ke Pusat Internet Komuniti untuk menyertai kelas “My DIY Tshirt Design” menggunakan platform “Custom Ink”. Mereka adalah Nur Hazimah Binti Mohd Yusuf (15 tahun), Syakinah Binti Osman (11 tahun) dan Iman Izzara Binti Nazri (8 tahun). Tujuan kelas ini diadakan dengan memfokuskan pendedahan literasi digital dan penguasaan kemahiran teknologi maklumat kepada mereka.
Selain mendedahkan penggunaan komputer dan perisian “Custom Ink”, kelas ini juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar serta meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Proses ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Semoga pelajar dapat menimba ilmu dengan baik dan memberi manfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: