Persediaan Kemasukan Sekolah Negeri Fasa 3
21 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniBerikutan pengumuman peralihan ‘Fasa 3’ bagi negeri Kedah pada 3 hari yang lalu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan ketetapan baharu berikutan pengoperasian institusi pendidikan yang akan dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan ke fasa tersebut. Ini bermakna, pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Kedah akan bermula pada 31 Oktober 2021 mengikut ketetapan negeri Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Berikutan berita mengenai pembukaan sekolah itu, seorang pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Bayas, Nur Iman Izzara telah hadir ke PIK Kg Pdg Wahid bagi menyiapkan kerja sekolahnya yang tertunggak sepanjang dalam tempoh PdPR. Antara latihan mata pelajaran yang perlu disiapkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Sejarah dan Matematik. Petugas PIK membantu adik Izzara menyiapkan latihan dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: