Kelas ICT Asas Microsoft Office Word
7 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual bermula 1 Mac hingga 30 April 2021.
Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun tersebut. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.
Beberapa orang ibu bapa / penjaga telah mendapatkan khidmat bantuan pengisian pendaftaran online tahun 1 ini di Pusat Internet Kg Pdg Wahid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: