Kelas Praktis Mari Belajar Cekap Menulis
6 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniAktiviti Cekap Menulis Praktis Prasekolah dijalankan di PIK sebagai persediaan utama kanak-kanak prasekolah sebelum melangkah ke tahun satu di sekolah formal.
Menulis adalah satu kemahiran. Untuk menulis anak anak perlu mempunyai beberapa kemahiran lain terlebih dahulu dan antara kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran memegang dan mengawal pensil dengan betul.
Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mempelajari cara menulis huruf sama ada arahnya ke dalam atau ke luar dan selebihnya sukar untuk menulis dengan kemas. Kadang-kadang masalah menulis boleh menjadi tanda isu-isu lain seperti kelewatan perkembangan atau masalah pembelajaran.
Oleh itu,kami di PIK ingin membantu adik-adik yang akan memasuki prasekolah untuk belajar menulis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: