Sembang Santai : Perkongsian ‘Penipuan Kewangan’ Bersama PIK Yan Kechil
26 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPenipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kini, penipuan kewangan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘scam’ telah menjadi trend yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.
Dalam perkongsian kali ini, kami membincangkan topik ‘Penipuan Kewangan’ di platform Zoom Meeting Bersama Pengurus Pusat Internet Komuniti Yan Kechil supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penipuan kewangan dengan lebih jelas dan tindakan yang harus diambil. Diharapkan perkongsian ini memberi input dan manfaat kepada semua pendengar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: