Sembang Santai : Perkongsian ‘Perlindungan Data Peribadi Dalam Talian’ Bersama PIK Bukit Besar
24 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniJabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna data untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi.
Dalam perkongsian kali ini, kami membincangkan topik ‘Perlindungan data peribadi dalam talian’ di platform Zoom Meeting bersama Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Bukit Besar supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan data peribadi dalam kehidupan seseorang. Diharapkan perkongsian ini memberi input dan manfaat kepada semua pendengar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: