Persidangan Perlindungan Data Peribadi (Akta 709)
30 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin lalu, wakil petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pdg Wahid telah menghadiri sebuah Persidangan Perlindungan Data Peribadi di Hotel Bayview Langkawi yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai pematuhan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Persidangan ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi swasta yang terlibat seramai 48 orang dan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Antara topik yang dibincangkan adalah Akta 709, kepentingan dan kesan terhadap individu, isu-isu semasa dan sesi soal jawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: