Program Santai Merdeka Norma Baharu
31 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniYayasan Pembangunan Nadi Digital Langkawi bersama Pusat Internet Komuniti Kluster Langkawi dengan kerjasama Suruhanjaya Kementerian Multimedia Malaysia dan Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi telah mengadakan Program Santai Merdeka Norma Baharu bagi tahun 2021.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan deklamasi puisi merdeka, pertandingan dekorasi rumah merdeka, bual bicara santai merdeka dan agihan 100 pasang bendera Malaysia kepada komuniti di Langkawi.
Program ini bertujuan untuk mengisi bulan kemerdekaan dengan aktiviti bersifat ilmiah dan kekeluargaan agar dapat memberi manfaat kepada peserta. Aktiviti seperti ini dapat menyemai nilai patriotisme dalam kalangan anak muda dan rakyat Malaysia serta menghargai jasa pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu. Ia juga dapat mengukuhkan perpaduan antara rakyat supaya saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama antara satu sama lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: