Permohonan Online Bantuan Ibu Tunggal RM 300 Penjana
26 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniBagi para ibu tunggal di Malaysia, anda kini boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara online. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun yang lalu telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi jangka pendek yang dipanggil Pelan Jana Ekonomi (PENJANA).
Salah satu insentif yang telah diumumkan di dalam PENJANA ialah pemberian wang tunai one-off kepada ibu tunggal di Malaysia sebanyak RM300. Pemberian wang tunai ini dijangka akan disalurkan terus ke akaun para ibu tunggal yang telah membuat permohonan sebelum Hari Raya Aidiladha.
Pemberian bantuan ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka khususnya mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Pemberian bantuan ini akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: