Permohonan Ulangan EIS (Employee Insurance System)
24 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniBeberapa orang komuniti Kg Kedawang hadir ke Pusat Internet Komuniti untuk membuat pengulangan pengisian borang EIS bagi bulan berikutnya. Permohonan bantuan ini diberikan selama 6 bulan berturut-turut dan mereka perlu mengemaskini akaun dengan log aktiviti pencarian pekerjaan semasa untuk setiap bulan. Sekiranya pekerja ingin mencari pekerjaan, mereka haruslah memuatnaik borang pencarian kerja dan mencari pekerjaan yang sesuai secara dalam atau luar talian. Pihak PERKESO juga memaklumkan bahawa bantuan ini dilanjutkan kepada tambahan masa 3 bulan berikutnya bagi membantu pekerja mendapat pekerjaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: