Daftar Sistem Temujanji Online Jabatan Imigeresen Malaysia (STO)
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti berbesar hati membantu golongan komuniti yang kurang celik mengenai penggunaan komputer. Komuniti yang memerlukan bantuan dalam pendaftaran secara online mahupun offline bolehlah berkunjung ke PIK supaya kami dapat menyelesaikan permasalahan anda.
Pada 24.4.2021,4 orang komuniti yang berasal daripada Thailand dan telah bekerja di Langkawi selama 5 tahun meminta bantuan daripada pihak Pik untuk mendaftarkan temujanji secara online untuk permohonan lanjutan pas lawatan bekerja di Imigeresen.
Untuk makluman, semua pejabat dan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terpilih di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya menerima pelanggan yang telah mendaftar melalui Sistem Temujanji Online Imigresen Malaysia sahaja.
Permohonan janji temu boleh dilakukan melalui Sistem Temujanji Online (STO) di pautan http://sto.imi.gov.my .Perkhidmatan secara janji temu dilaksanakan bagi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi terutama dari aspek penjarakan fizikal serta mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: