Permohonan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBantuan Prihatin Rakyat 2021 telah dibuka bagi tujuan permohonan baru dan kemaskini. Sistem ini boleh diakses mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.
Mengikut sumber dari soalan lazim BPR, fasa 1 akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung Febuari 2021. Kebiasaannya, tarikh tepat akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada masa yang berdekatan.
Pembayaran BPR adalah sama seperti BPN, BSH, BR1M dan bantuan yang sebelumnya. Duit bantuan akan dikredit terus ke akaun penerima. Mereka yang tidak mempunyai akaun boleh mengambil wang mereka di Bank Simpanan Nasional BSN dengan pengunaan no baucer.
Bagi komuniti yang berhasrat untuk tujuan kemaskini dan permohonan baru bolehlah berkunjung ke pusat internet komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: