Taklimat Pemprosesan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO Bersama Pusat Internet Komuniti Kluster Langkawi
21 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan satu taklimat mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bersama Kluster Langkawi pada hari Sabtu yang lalu. Sistem ini diperkenalkan untuk membantu golongan pekerja yang hilang punca pendapatan kesan pandemik Covid-19. Pelaksanaan latihan ini bertujuan melatih petugas Pusat Internet Komuniti Langkawi kaedah pengisisan borang yang betul bagi membantu golongan pekerja yang hilang pekerjaan untuk menyara kehidupan sampai mendapat kerja baharu. Mereka akan mendapat bantuan dari SIP berupa bantuan kewangan dan program mencari pekerjaan.
Permohonan SIP boleh dibuat menerusi atas talian dengan mengisi dan melampirkan borang atau surat pengesahan mendaftar diri sebagai pencari kerja. Apabila permohonan lengkap, pihak PERKESO akan memproses dan menyemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima baucer dan pemindahan wang ke dalam akaun.
Setiap warganegara Malaysia yang mencarum pada PERKESO layak memohon SIP, kecuali mereka yang hilang pekerjaan disebabkan salah laku, tamat kontrak, bersara, atau letak jawatan secara sukarela. SIP memberikan pelbagai faedah berupa elaun yang dibayar kepada pekerja terjejas seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) dan lain-lain lagi. Diharapkan agar semua pekerja yang terjejas dapat mengambil inisiatif dan peluang ini bagi membantu kelangsungan kehidupan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: