Pengisian Ulangan EIS Dan Mencipta QR Kod
20 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPengisian ulangan EIS atau Faedah Sistem Insurans Pekerjaan di laman portal PERKESO telah dilakukan secara berperingkat di Pusat Internet Komuniti. Mereka yang telah kehilangan pekerjaan membuat permohonan bulanan samada dengan cara mengemaskini sendiri atau hadir ke PIK bagi mendapatkan bantuan.
Selain itu, terdapat beberapa komuniti yang ingin membuat kod QR menggunakan aplikasi MySejatera untuk kegunaan di perusahaan mereka seperti di kedai runcit, kedai makan dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: