Kelas ICT Asas Penggunaan Online Banking
21 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniAkibat daripada penyebaran covid-19 yang semakin membimbangkan,pihak Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan semua pengguna untuk menggunakan transaksi pembelian di mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan Tanpa Tunai (Cashless)Tambahan lagi, BNM juga menyeru untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digital, elakkan daripada pergi ke cawangan bank.
Bank Negara Malaysia (BNM) turut sangat menggalakkan orang ramai supaya membuat transaksi perbankan dan pembayaran secara digital (Jom Digital!) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua perkhidmatan perbankan dan pembayaran bank dalam talian boleh diakses.
Oleh itu,beberapa orang komuniti daripada sekitar Kg Pdg Wahid telah bertindak untuk menggunakan perbankan secara online banking. Pengurusan PIK turut memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang ingin menggunakan online banking.
Diharapkan dengan penggunaan online banking ini dapat meningkat kefahaman komuniti bukan sahaja pembelian secara online bahkan juga dapat mengurangkan pembelian secara sentuhan dan kerap keluar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: