Permohonan Rumah Secara Online Melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad
20 September 2021 | Aktiviti TerkiniRumah Mesra Rakyat (RMR)merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membina rumah mampu milik bagi rakyat Malaysia. Objektif inisiatif ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang atau daif tetapi memiliki tanah bagi membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Kerajaan sememangnya prihatin dan serius dalam memberikan perhatian terhadap keperluan pembinaan rumah RMR pada masa akan datang. Terkini kerajaan memperuntukkan RM243 juta bagi membina 2,983 unit Rumat Mesra Rakyat di seluruh negara pada tahun 2020 dengan mengutamakan senarai menunggu sedia ada bagi permohonan RMR.
Seorang komuniti dari Kg Gelam,Kedawang telah datang ke PIK Kg Pdg Wahid bagi mengisi permohonan rumah secara online.Petugas PIK memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau dalam urusan permohonan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: