Tutorial Bergambar : Cara Memohon Rumah PPR
7 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPihak kerajaan telah mengambil inisiatif melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan menjalankan Program Perumahan Rakyat bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah. Hal ini dapat membantu masalah setinggan yang dihadapi masyarakat dengan mengutamakan golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri.
Antara syarat permohonan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun, berpendapatan kurang dari rm2500, belum memiliki rumah dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Permohonan hendaklah diisi secara dalam talian pada pautan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk setiap negeri.
Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara dalam talian, pemohon hendaklah membuat permohonan secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat Bahagian Perumahan negeri yang terlibat. Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan yang akan menguruskan proses permohonan dan syarat-syarat kemasukan serta keadah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: