Kuiz Kahoot Kesihatan Mental
13 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniSepanjang pelaksanaan 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 28 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021, semua kakitangan PIK telah diarahkan bertugas untuk bekerja dari rumah sahaja. Sehubungan dengan itu, aktiviti atas talian dijalankan secara harian bagi memenuhi topik keperluan semasa.
Pada minggu ini, kami telah menyediakan kuiz kahoot mengenai kesihatan mental yang dihadapi oleh setiap individu. Stres yang melampau boleh menyebabkan produktiviti pekerjaan dan kehidupan seharian terganggu. Individu perlu mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak ianya menjadi semakin teruk. Semua gambar dan arahan yang diberikan telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Kg Pdg Wahid.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: