Kemaskini Permohonan BPR 2021
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniBantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Menurut info dari Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti.Terkini, portal rasmi BPR telah beroperasi sepenuhnya di bpr.hasil.gov.my.
Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.Sekiranya anda penerima BSH 2020 atau BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan sahaja.
PIK Kg Pdg Wahid bersedia membantu anda bagi pengisian dan permohonan BPR 2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: