Perkongsian Klik Dengan Bijak Bersama PIK Bukit Besar Bertajuk ‘Pengawasan Ibu Bapa Di Internet’
16 September 2021 | Aktiviti TerkiniPerkembangan pesat teknologi memerlukan ibu bapa mempertingkatkan cara mendidik generasi digital. Zaman digital memerlukan ibu bapa untuk sentiasa mendidik anak mereka tentang keselamatan dalam talian. Internet adalah tempat yang bermanfaat untuk kanak-kanak belajar dan bermain, namun ia juga mengandungi ancaman yang boleh memberi kesan negatif kepada mereka. Contohnya, berkawan dengan seseorang yang menggunakan profil palsu, menjadi sasaran buli siber, gagal menguruskan reputasi digital, mempercayai maklumat palsu, dan terlebih berkongsi maklumat peribadi.
Antara tujuan perkongsian ini adalah mendidik ibu bapa tentang keselamatan kanak-kanak dalam talian serta pendedahan jenis kandungan yang terdapat di Internet. Ini kerana majoriti kanak-kanak tidak dapat membandingkan kandungan yang baik dan buruk di usia mereka. Ibu bapa juga perlu menapis kandungan laman web dan memilih aplikasi yang mesra kanak-kanak sahaja.
Selain itu, ibu bapa harus menasihati anak supaya melaporkan kepada orang dewasa jika menerima kandungan tidak diingini dari pengguna atau lama web lain. Kanak-kanak juga perlu diberi tunjuk ajar tentang tindakan yang boleh di ambil apabila berdepan dengan situasi tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: