Pengisian Rayuan EIS PERKESO
15 Februari 2021 | Aktiviti Terkini8 orang komuniti yang tinggal di sekitar Kg Padang Wahid telah hadir ke Pusat Internet Komuniti bagi mengisi borang rayuan EIS Perkeso mereka yang ditolak. Pengisian ini dilakukan bagi membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti. Selain itu, ia dapat meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional yang ditawarkan oleh pihak Perkeso.
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh pemohon adalah, mencetak keluar Borang Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial dan mengisinya. Seterusnya, borang tersebut akan dipos ke pejabat utama Perkeso di Kuala Lumpur menggunakan setem hasil. Pemohon juga perlu menyertakan surat status permohonan yang ditolak.
Kami berharap supaya mereka yang hilang pekerjaan dapat dibantu sebaiknya dan berjaya mendapatkan pekerjaan semula.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: