Permohonan I-Sinar Kategori 2
12 Januari 2021 | Aktiviti Terkinii-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Permohonan i-sinar kategori 2 boleh mula dipohon pada 11 Januari 2021. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Pusat Internet Komuniti mengalu-alukan kedatangan anda ke PIK bagi urusan permohonan i-sinar kategori 2 dan lain-lain perkhidmatan lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: