Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya Aidilfitri 2021 Paling Kreatif Dan Sumbangan Duit Raya
11 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini diadakan pada hari Isnin, 10 Mei 2021 bersama kanak-kanak yang aktif di PIK. Kelas DIY ini diadakan untuk mencungkil kreativiti kanak-kanak menghias kad hari raya. Selain itu mengimbau kembali nostalgia kad raya. Peserta diberita alatan untuk menghias menggunakan kreativiti tersendiri.
Terdahulu,kanak-kanak dikehendaki mencari bahan dan gambar melalui pencarian di Google dan menggunakan Microsoft word bagi aktiviti copy and paste bahan gambar yang hendak dilekatkan dan digunakan dalam menyediakan kad ucapan raya.
Pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kreatif dalam reka cipta kad hari raya dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama peserta lain. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual seperti melukis berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Penggunaan pencarian bahan di Google turut mampu menggalakkan kanak-kanak dalam aktiviti ICT di PIK serta mewujudkan kecekapan mereka dalam pengunaan komputer.Aktiviti berakhir dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang terlibat dan aktif di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: