Pusat Internet Komuniti Sebagai Pusat Pendaftaran Vaksin COVID-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
12 April 2021 | Aktiviti TerkiniDalam menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, SKMM ingin menggerakkan semua Pusat Internet Komuniti (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutamanya warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Melalui usaha ini, kami mengharapkan setiap individu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan Malaysia memerangi wabak COVID-19. Anda boleh hadir ke Pusat Internet Komuniti berdekatan untuk bantuan proses pendaftaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: