Kelas ICT Individu Menaip Surat Merentas Negeri
8 April 2021 | Aktiviti TerkiniSejak arahan dari kerajaan mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua dan larangan merentas negeri yang berkuat kuasa mulai awal tahun 2021 ini, terdapat beberapa orang komuniti Kg Pdg Wahid hadir ke Pusat Internet Komuniti bagi menyediakan surat merentas negeri atas sebab kerja dan hal tertentu.
Mereka yang hadir bagi menaip surat masing-masing telah dibantu oleh petugas PIK bagi menghasilkan surat yang betul mengikut format surat kiriman rasmi. Antara surat yang dihasilkan adalah surat pembaharuan visa, surat pengeluaran kenderaan dan surat keluar temuduga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: