Streamyard KDB Dan Advokasi Penipuan Sindiket Gores Dan Menang
11 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2021, satu penerangan secara langsung telah dijalankan di FB Pages Pusat.
Internet Kg Pdg Wahid. Streamyard tersebut menerangkan mengenai Penipuan Sindiket Gores Dan Menang.
Segelintir masyarakat yang membiarkan diri mereka mudah diperdaya dan ditipu oleh sindiket ejen 'gores dan menang' dan yang seumpama dengan aktiviti penipuan itu.Bukan sekali atau dua malah saban tahun ada sahaja kedengaran berita terpampang di akhbar mengenai individu yang tertipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket berkenaan yang ingin mengaut keuntungan sekelip mata tanpa menghirau susah payah dan penat lelah individu itu mengumpul duit simpanan.
Diharapkan dengan penerangan tersebut mampu menghindarkan masyarakat daripada terus diperdaya oleh golongan yang mementingkan keuntungan semata-mata ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: