Kelas Pengisian EIS (Employee Insurance System)
7 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2020, tiga orang komuniti Kampung Kedawang yang kehilangan pekerjaan telah hadir ke Pusat Internet bagi mengisi permohonan faedah iaitu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di portal pekerjaan PERKESO. Berikutan pandemik virus COVID-19 yang menyerang dunia pada suku awal tahun ini, ramai pekerja telah kehilangan pekerjaan dan pendapatan utama mereka. Sehubungan itu, PERKESO telah memperkenalkan perkhidmatan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh bagi membantu golongan ini.
Pekerja yang ingin memohon faedah haruslah merupakan pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan dan membuat permohonan secara atas talian. Sekiranya pekerja ingin mencari pekerjaan, mereka haruslah memuatnaik resume dan mencari pekerjaan yang sesuai. PERKESO juga menyediakan ujian psikometrik untuk mengenal pasti minat, bakat, dan keperibadian pekerja bagi menentukan kerjaya yang berpadanan. Mereka juga membantu pekerja dengan memberi faedah atau elaun 6 bulan berturut sehingga mendapat pekerjaan baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: