Kelas ODL (Online Distance Learning) Pelajar Universiti
5 November 2020 | Aktiviti TerkiniSejak dunia dilanda pandemik COVID-19, platform dalam talian dan pembelajaran secara digital menjadi penyelesaian terbaik untuk pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai medium digunakan dalam menjalani pengajian mereka dengan berkesan antaranya melalui Facebook (FB) Live, YouTube, Microsoft Teams dan Google Classroom.
Bagi para pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai masalah capaian internet di kawasan rumah, Pusat Internet menjadi satu kepentingan bagi membantu mereka menggunakan akses capaian internet untuk pembelajaran berterusan dan tugasan kerja mereka. Ianya membantu pelajar berhubung bersama pensyarah dan rakan yang lain. Para pelajar juga dapat berkongsi maklumat menerusi media sosial untuk menghantar kerja terutamanya menggunakan platform awam seperti penggunaan aplikasi Google Drive. Dengan kemudahan fasiliti dan persekitaran yang kondusif, para pelajar dapat menjalani kelas pengajian dengan lebih berkesan dan selesa di Pusat Internet ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: